1. (a) Firman Allah S.W.T. :
(i) Nyatakan dua sebab mengapa umat Islam digalakkan berdoa. (4 markah)
Ertinya : Dan apabila hamba-hamba-Ku menanyakan kepadamu tentang-Ku, maka sesungguhnya Aku amat dekat. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka itu memenuhi pula perintah-Ku serta hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka berada dalam kebenaran.
(ii) Beri dua contoh amalan yang bertentangan dengan doa. (2 markah)
(iii) Apakah nasihat
yang perlu anda berikan kepada rakan yang ditimpa
musibah?.
(4 markah)
(b) Firman Allah S.W.T. :
(i) Terangkan tiga sebab manusia wajib menjauhi syaitan. (6 markah)
Ertinya : Dan sesiapa yang menjadikan syaitan sebagai pelindung selain daripada Allah SWT sesungguhnya ia menderita kerana kerugian yang nyata.
(ii) Syaitan adalah musuh
Allah SWT yang sentiasa menyesatkan manusia.
Terangkan dua cara syaitan menggoda dan menyesatkan manusia.
(4 markah)
2. (a) Beragama merupakan fitrah manusia dan Islam merupakan
agama yang
memenuhi
fitrah tersebut.
(i) Berikan dua alasan manusia perlu beragama. (4 markah)
(ii) Mengapakah Islam agama yang sesuai dengan fitrah tersebut?. (2 markah)
(iii) Bagaimanakah agama
dapat membentuk diri seseorang individu taat dan
patuh kepada tuhan.
(4 markah)
(b) Hari Qiamat juga dikenali sebagai ” Yaumul Mahsyar “
(i)
Jelaskan keadaan manusia di Padang Mahsyar sebagaimana yang
diterangkan di dalam al-Quran.
(4 markah)
(ii) Berikan huraian ringkas mengenai perkara-perkara berikut :
- Alam kubur
- Neraka
- Titian Siratul Mustaqim
(6 markah)
3. (a) Pada zaman sekarang kebanyakan ahli masyarakat suka hidup
mementingkan
diri sendiri.
Hanya segelintir masyarakat yang sedia berkorban dengan
bersungguh-sungguh.
(i)
Berikan dua cadangan bagaimana untuk menimbulkan keinsafan masyarakat supaya
suka berkorban untuk agama, bangsa dan negara.
(4 markah)
(ii) Kejayaan
dan kecemerlangan akan diperolehi jika seseorang itu sanggup
melakukan pengorbanan.
Terangkan bentuk pengorbanan yang membantu ke arah kejayaan
seseorang.
(6 markah)
(b) Kebersihan diri merupakan satu aspek yang perlu
diutamakan dalam
kehidupan sebagai seorang
pelajar.
(i) Bagaimanakan anda melakukan pembersihan jiwa?. (4 markah)
(ii) Nyatakan tiga kesan
terhadap individu yang sentiasa melakukan maksiat
dan tidak pernah membersihkan jiwanya.
(6 markah)
4. (a) Solat Jumaat sangat dituntut kepada umat Islam agar mengerjakannya.
(i) Sebutkan tiga syarat sah solat Jumaat. (6 markah)
(ii) Terangkan maksud makmum masbuk dan makmum muafik. (4 markah)
(b) (i) Nyatakan hukum dan alasan bagi masalah berikut :
- Seorang bayi dilahirkan setelah terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
Nyatakan hukum zakat ke atasnya.
- Fandi berpuasa Ramadhan tanpa bersahur pada malamnya.
- Nurul berpuasa sunat tetapi terlupa berniat pada malamnya. Apakah sah
puasa sekiranya ia berniat pada jam 9.00 pagi pada hari tersebut.
(6 markah)
(ii) Jelaskan dua
sebab yang mengatakan golongan muallaf berhak menerima
zakat.
(4 markah)
5. (a) Terdapat beberapa tanda awal yang menunjukkan bahawa
Muhammad bin
Abdullah bin Abdul
Mutalib akan diutus menjadi rasul.
(i) Bagi tiap-tiap yang berikut terangkan satu tanda tersebut:
- Semasa baginda berada di dalam kandungan ibunya.
- Semasa baginda dalam peliharaan Halimah As-Saadiah
- Semasa baginda membawa dagangan ke Syam (6 markah)
(ii) Rasulullah s.a.w. telah
berjaya membentuk sebuah kerajaan dan
menyatupadukan masyarakat majmuk di Madinah.
Nyatakan tiga usaha yang dilakukan oleh baginda bagi menyatupadukan
masyarakat majmuk Madinah.
(4 markah)
(b) (i) Ketika Nabi Muhammad s.a.w. diejek, Saidina Hamzah
bin Abdul Mutalib
dengan cepat melindungi anak saudaranya dan mengistiharkan dirinya
memeluk Islam.
Jelaskan dua pengajaran daripada peristiwa tersebut.
(4 markah)
(ii) Pembebasan Mekah oleh Rasulullah
s.a.w. dan tentera Islam merupakan
peristiwa yang paling bersejarah dalam perjuangan baginda.
Nyatakan dua faktor kejayaan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat
membebaskan Mekah daripada cengkaman kafir Quraisy.
(6 markah)