1. (a) Firman Allah S.W.T. :
(i) Mengapakah perbuatan zalim harus dibanteras dalam masyarakat?. (4 markah)Maksudnya : Mereka berkata:”Wahai Tuhan kami, kami telah melakukan
penganiayaan terhadap diri sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami
dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk dalam golongan
orang-orang yang rugi.”
(ii) Tulislah jenis-jenis zalim dan nyatakan contoh yang sesuai. (6 markah)
(b) Firman Allah S.W.T.:
(i) Islam melarang manusia melakukan kerosakan di bumi ini untuk kesejahteraanErtinya : Dan ketika Musa meminta air untuk kaumnya, Kami berfirman,
“Pukullah batu itu dengan tongkatmu, lalu terpancarlah daripadanya dua belas mata air,
tiap-tiap golongan mengetahui tempat minum masing-masing. Makanlah dan minumlah
rezeki daripada Allah S.W.T. dan janganlah kamu membuat kerosakan di bumi.”
(ii) Penjagaan alam sekitar yang baik akan membawa
kesejahteraan kepada kehidupan
manusia.
Jelaskan dua akibat
daripada tidak menjaga kebersihan alam sekitar. (4
markah)
2. (a) (i) Terangkan tiga sebab yang mengatakan manusia
perlu kepada agama.
(6 markah)
(ii) Mengapakah
Islam dikatakan agama yang benar dan diredhai oleh Allah
SWT.
(4 markah)
(b) (i) Islam yang mantap dapat
memelihara diri seseorang daripada kesesatan.
Jelaskan kebaikan beriman kepada Allah SWT.
(4 markah)
(ii) Nyatakan
tiga tugas umum para malaikat sebagai utusan Allah SWT.
(6 markah)
3. (a) Puan Zaleha tidak berpuasa dalam bulan Ramadhan kerana
bimbangkan
kemudaratan
kandungannya.
(i) Nyatakan dua
tujuan Islam memberi keharusan kepada perempuan yang
mengandung meninggalkan puasa Ramadhan.
(4 markah)
(ii) Apakah perkara
yang wajib dilakukan oleh Puan Zaleha setelah diberi kelonggaran
untuk meninggalkan puasa.
(2 markah)
(iii) Senaraikan dua kesan ibadat puasa kepada individu. (4 markah)
(b) Solat Jumaat sangat penting ke arah mewujudkan
perpaduan di kalangan
umat Islam.
(i) Terangkan dua
kelebihan hari Jumaat berbanding dengan hari-hari yang
lain.
(4 markah)
(ii) Nyatakan hukum dan alasan bagi masalah berikut: -
- Khatib membaca khutbah Jumaat tanpa berhenti dan sekali sahaja.
(2 markah)
(c) Beristinjak adalah suatu perkara yang dituntut dalam Islam.
(i) Senaraikan alat-alat yang boleh digunakan untuk beristinjak (2 markah)
(ii) Nyatakan dua syarat
beristinjak dengan menggunakan benda-benda kesat.
(2 markah)
4. (a) (i) Bertindak dengan bijak akan membawa kejayaan kepada
seseorang.
Terangkan cara bertindak dengan bijak yang harus diamalkan oleh setiap
pelajar untuk kejayaan mereka.
(6 markah)
(ii) Apakah dua kelebihan
yang didapati oleh orang yang sentiasa berfikir
sebelum membuat sesuatu tindakan.
(4 markah)
(b) Pergaulan merupakan suatu keperluan manusia dalam hidup
bermasyarakat.
Namun begitu hanya pergaulan
yang sihat dan mempunyai tujuan yang
positif sahaja dibenarkan
dalam Islam.
(i) Terangkan tiga kelebihan pergaulan yang disuruh dalam Islam. (6 markah)
(ii) Nyatakan dua di antara prinsip
pergaulan yang ditetapkan oleh syarak untuk
kesejahteraan manusia.
(4 markah)
5. (a) Saidina Umar Al-Khattab r.a. merupakan seorang khalifah
yang tegas dan berani
berjuang
menegakkan agama Islam.
(i) Terangkan dua peristiwa yang menunjukkan keberanian beliau. (4 markah)
(ii) Nyatakan tiga
perkara yang harus dijadikan contoh oleh pemimpin masa
kini dalam memimpin rakyat dan negara.
(3 markah)
(iii) Tuliskan tiga langkah
khalifah Umar Al-Khattab r.a. untuk mengukuhkan negara
Islam.
(3 markah)
(b) (i) Abdul Rahman bin Auf r.a. adalah seoarng hartawan
yang banyak
menyumbangkan hartanya untuk perkembangan agama Islam.
Apakah dua sikap beliau yang harus dijadikan contoh oleh kita semua.
(4 markah)
(ii) Dalam usaha untuk membina sebuah
negara Islam, Rasulullah s.a.w. telah
menghadapi beberapa masalah.
Nyatakan tiga masalah tersebut. (6 markah)